Thursday 10 November 2016

CHAR KUEY TEOW BASAH PULAU PINANG

CHAR KUEY TEOW BASAH 






Char kuey Teow Pulau Pinang ini adalah resepi Melayu Pulau Pinang atau orang utara semenanjung yang telah diubah-suai dari Char Kuey Teow yang asal. Resepi ini berbeza dengan  dengan Char Kuoy Teow masakan Cina yang biasa atau resepi Indonesia “kwetiau Goreng“. Char kuey Teow Pulau Pinang adalah kuey Teow Goreng Basah yang berkuah berwarna merah pudar yang lazat. Bukan yang berwarna hitam yang digelar juga char kuey teow basah. Sajian ini biasanya cuma terdapat di tempat-tempat tertentu. Tempat Char kuoy Teow yang terkenal dengan paling sedap terdapat di sekitar Permatang Pauh, Sungai Dua, dan Seberang Prai. 




Anda perlu ke kedai yang khasnya menyediakan hidangan ini. Di Restoren biasa anda cuma boleh dapat Kuew teow Goreng atau pun yang basah yang berlainan resepi dan rasanya. Menyediakan resepi ini perlu gunakan api dapur yang keras dan besar. Kecekapan guna kuali dan kelajuan tukang masak terdiri dari anak-anak muda Melayu sangat menakjubkan. Sekiranya anda melancung ke Pulau Pinang  jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ini. Harga se pinggan biasa RM3.50 dan special RM4.50. Special atau istimewa hidangan ini ditambah dengan telur goreng mata lembu dan juga tambahan udang besar segar. Rahsia kelazatan resepi ini bergantung kepada penyediaan “pes” atau kuahnya dan kesegaran udang besar yang dihiaskan diatas kuey Teow. Oleh kerana Char kuoy Teow ini menjadi sinonim bagi semua kenduri dan majlis makan di Utara, maka terpaksa kali ini saya menurunkan rahsia kuah pes dan cara menyediakan Char Kuoy Teow ini kepada pengunjung blog ini. Sekali lagi Mamak cuba mengingatkan, setiap resepi baru Mamak adalah dibaik -pulih dan telah cuba dalam perniagaan dan kos penyediaan yang telah diminimumkan tanpa menganggu kelazatan asal. Masalahnya cuma kuantiti resepi Mamak ini kadang-kala dalam sekala yang yang besar sedikit. Harap suri-suri rumah tanggaa yang keluarga kecil, dapat memperkecilkan kuantiti ini mengikut keperluan keluarga. 

Friday 12 August 2016

Cargas Cafe Bayan Lepas


Kali ini saya kongsikan azam baru, iaitu tempat makan yang sedap di Penang patut anda pergi tahun 2016. Ini berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh beberapa rakan kami yang tinggal di Pulalu Pinang dan cadangan pembaca.
Jika anda mempunyai senarai tempat makan yang sedap di Penang, jangan lupa untuk kongsi juga bersama kami. Mungkin ianya akan menambah lagi bilangan kedai yang patut diterjah tahun 2016 untuk pembaca lain juga.
Jika anda ingin bersarapan di Penang, tempat ini sangat disyorkan. Pelbagai menu boleh anda cari di sini. Apa yang disyorkan kami di sini adalah ‘Serabai’. Makanan sarapan yang unik di astaka ini.Serabai? Tidak pernah dengar, ini lagilah menyebabkan anda wajib mencubanya pada tahun 2016 ini. Anda boleh juga mencuba roti canai di sini. Tidak mengecewakan dan sedap.

Nasi Kandar jer kalau mai Penang ni kena try
                 
Kepada yang ingin mencuba nasi lemuni, Astaka Taman Tun Sardon juga menyediakannya.

Mungkin ramai tidak tahu tentang kedai ini. Tetapi, bagi pekerja kilang atau mereka yang bekerja berdekatan pekan Bayan Lepas, mungkin nama ini tidak asing.

Apa yang istimewa? Kari ikan, sotong sambal dan ayam gorengnya. Jangan marah jika anda sampai pada pukul 2 petang dan lauk suda tiada. Kari ikan pari/atau gulai ikan parinya antara menu yang wajib anda ambil. Ayam gorengnya memang tidak pernah kekal lama di para.